Want your
own Fotopage?






 
Cahaya KehidupanKu

By: yusyati family

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Sunday, 6-Apr-2008 22:21 Email | Share | | Bookmark
Sakura di Kezoji Park

 
 
 
View all 4 photos...



Majlis sambutan kohai kali ni diadakan di Kezoji Park, Isesaki. Biasanya majlis ni dibuat dekat Shikishima Park,Maebashi tapi kali ni berubah angin sikit. Tempat tu memang ada sakura dan tempat permainan untuk kanak-kanak dan orang dewasa, kiranya lepas majlis tu boleh la g main-main kalau boring…bagi yang tak nak main boleh jalan-jalan kawasan sekitar tu tengok pemandangan sakura yang cantik.

Care to comment?


Saturday, 5-Apr-2008 20:24 Email | Share | | Bookmark
SAKURA sekitar KIRYU

 
 
 
View all 6 photos...
Pagi yang begitu cerah….
Kami ambil kesempatan untuk jalan-jalan tepi sungai kiryu yang ada sakura. Lepas tu kami g Gundai pulak ambik gambar kat sana. Kata orang sakura yang pink tu yang hampir pupus, kiranya ramai juga orang yang datang ke Gundai ni untuk ambil gambar kat sini. Tahun lepas kawasan sakura pink ni tak de pagar so boleh la pergi dekat kolam tu sambil tengok ikan-ikan kat situ..tapi tahun ni dah dibuat pagar so agak terbatas la sikit…apa pun masa kami datang tak de orang lagi, boleh la bergambar sakan…he..he..he…

Care to comment?


Wednesday, 26-Mar-2008 20:15 Email | Share | | Bookmark
Buat Dr Tuntung dan isteri...Terima kasih banyak2 atas budi baik

 
 
 
View all 4 photos...

Care to comment?


Sunday, 23-Mar-2008 21:15 Email | Share | | Bookmark
Bersiar bersama AJI dan ADDIN

 
 
 


Hari nie saja2 pergi jalan kat belakang Shoda dan sekitar Azuma Park ngan AJI dan ADDIN. Sebenarnya nak jalan2 dengan mereka2 yang akan balik Malaysia. He..he..tapi dapat ajak AJI ngan ADDIN jer. Dapat gak aa...ambik gambar kenang-kenangan dengan AJI yang dikira antara mereka yang paling banyak membantu kitaorang semasa berada di bumi JEPUN nih...Terutamanya menjadi TRANSLATOR yang budiman he..he..Macamanapun..yang tinggal kat sini harus teruskan perjuangan. Yang dah balik Malaysia, tahniah....berusaha untuk jadi orang yang berjasa pada AGAMA dan BANGSA

Care to comment?


Saturday, 15-Mar-2008 16:54 Email | Share | | Bookmark
Ume di Kiryu

 
 
 
View all 29 photos...



Disebabkan minggu lepas dah tertangguh nak g tengok ume so minggu ni ronda-ronda cari ume kat kiryu. Mula-mula tu kami jalan-jalan sekitar kiryu tengok pokok ume yang dah mula mengeluarkan bunganya kemudian ke Azuma Park kot-kot ada ume tapi tak de. Last sekali kami g Minami Park (menurut kata-kata cik intan). Sampai je kat sana ramai jugak orang, ada yang nak tengok ume, ada yang main baseball. Taman tu sesuai untuk berkelah dan bersantai-santai. Orang jepun ramai je yang bawa makanan berkelah kat sini tapi kami tak bawa apa-apa sebab tak tau macamana rupanya taman ni…lain kali boleh la bawa makanan. Sambil jalan-jalan tengok ume tu terjumpa lak orang Malaysia yang tengah buat training kat kiryu..ramah je orangnye. Lepas borak-borak tu kami sambung ambik gambar sebelum balik rumah.

chumel nye...............................................pokok ume tu Sun 16-Mar-2008 02:10
Posted by:susu lembu punye peminum
Add comment


Monday, 10-Mar-2008 21:16 Email | Share | | Bookmark
Puding Roti



Akhirnya siap gak puding roti. Mula-mula tu malas je nak buat tapi memandangkan ada lagi baki roti yang buat masa g ichigo gari so buat la sikit. Rasa-rasanye puding ni la yang paling mudah dan cepat, sesuai bagi suri rumahtangga macam saya le he..he..he… yang nak masak sambil tak terlayan anak-anak.. (macam anak ramai, baru 2 orang).

kak yati, buh le resepi rahsia puding nih.
mana tau saya bulih try buat kat mesia nnti.
silap2 sy bulih bukak kedai jual roti dan kek nnti

baki roti bulih buat nugget nih.
Fri 14-Mar-2008 09:45
Posted by:aji gunma hiroumisya@yahoo.com  - [Link]
he..he..nugget...jangan sebut..sikit hari lagi pakar nugget akan jadi jiran kitaorang Mon 17-Mar-2008 12:00
Posted by:YusYati yusyati7576@yahoo.co.uk
Add comment


Sunday, 9-Mar-2008 21:30 Email | Share | | Bookmark
Ichigo Gari

 
 
 
View all 52 photos...




Projek kali ni ke Ichigo Gari. Mula-mula tu nak g tengok ume dan ichigo tapi memandangkan masa macam semput je so projek ume batal, kitaorang g ichigo gari je. Kami bertolak awal-awal pagi lagi, berkonvoi dengan 2 buah kereta seramai 10 orang. Sampai ke kat sana kami naik van yang telah disediakan..comel-comel semuanya van tu..he..he..he.. masa yang diberikan hanyalah setengah jam so pulun lah…makan…yang merah kami makan, yang hijau pun kami makan…yang hijau tu tak kurang bestnye…sedappp…macam makan jambu lak…
Balik je dari Ichigo Gari, kami nak singgah kat taman dekat Maebashi, yang ada sakura tu, bersebelahan taman ros tapi tak de parking laaa..pulak so kami singgah kat taman yang lain untuk makan-makan, nama taman tu tak tau..bak kata Milot..”taman bodoh-bodoh” . Lepas tu singgah kat rumah kohai untuk solat zohor jap. Ingatkan lepas tu dah nak balik dah tapi ada yang bagi cadangan nak singgah kat kincir angin memandangkan tempat tu ‘on the way’ dalam perjalanan pulang so kami singgah la situ kejap..makan ais krim,jagung bakar dan pisang bersalut coklat sambil santai-santai. Lepas tu kami pulang laa…..walaupun penat…tapi seronok.

tanochikatta ne...klo dpt pi ladang lembu.. best gak nih.. dh dekat dh tu.. hihihi...one picnic day yg best.. mkn ichigo smpi termunyeh2..tp kenyng 5 minit jek.. pastu terkenang2 kan kopok lekor trus lapar blk.(agk2 nye biler la.. dpt menerai kopok kiryu kak ti)ngehngehgneh.anywei.. pas mkn kambing masak campak abg yus tu. trus demam..ni dh masuk hr kedua..adehh.. kene saman abg yus. nih... tak mahal.. kopok lekor 10 ketul pun ok,.. Tue 11-Mar-2008 11:44
Posted by:peminum susu lembu yg setia
harge kerpok 10 ketul> 100 kali harge penadol sepapan..he..he..baik gi beli penadol sepapan Wed 12-Mar-2008 10:55
Posted by:YusYati yusyati7576@yahoo.co.uk
Add comment


Monday, 3-Mar-2008 23:46 Email | Share | | Bookmark
Majlis Sobetsukai

 
 
 
View all 19 photos...
Majlis Sobetsukai ni start dari pukul 6.00 petang dan tamat lebih kurang pukul 9.00 malam. Majlis ni diadakan di Dewan Kaikan. Kami terlambat sampai sikit…siap dah awal dah…tapi bila time nak pergi je…macam-macam kerenah anak-anak…kesudahannya lambat jugak sampai. Majlis dimulakan dengan ucapan presiden dan pengarah projek, lepas tu doa makan…he..he..he.. Menu utama malam tu nasi beriani dan karipap tapi ada juga yang rajin tolong buat kek dan muffin ..sedappp..
Selesai je makan acara diteruskan dengan persembahan dari Aji, lepas tu acara diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada senpai-senpai yang nak balik nii…. gambar tak dapat nak ambil pasal tengah dukung anak ..sorry yeee….
Apa-apa hal pun malam tu memang seronok pasal dah lama tak de program yang melibatkan secara ramai-ramai.

Care to comment?


Sunday, 2-Mar-2008 20:20 Email | Share | | Bookmark
Jom g Oyama

 
 
 
View all 7 photos...
Hari ni nak g jalan-jalan pulak pasal semalam dah berkurung kat rumah…tak tau nak g mana, last-last Abang ajak naik densha je pasal dah lama tak naik densha. Lebih kurang pukul 9.00 pagi kami bertolak ke Kiryu Eki…nak g mana ek?...fikir punya fikir Abang ajak g Oyama tapi tak tau ada ape nak sana..saje je g jalan-jalan. Perjalanan lebih kurang sejam juga ke sana memang puas aaa….naik densha he..he..he…(tak pernah dibuat dek orang…semata-mata nak naik densha). Sampai je sana keluar beli makanan dulu dekat ampm lepas tu kitaorang ronda–ronda kat shopping complex kat situ….tapi tak sempat nak tengok lama-lama pasal densha ke Kiryu ada 2 je…satu pukul 12.07 tengahari dan satu lagi pukul 7 lebih…so kitaorang naik yang 12.07tengahari….eemmm….tercapai la hasrat untuk naik denshaaaa……..hi…hi..hi…

Care to comment?


Saturday, 1-Mar-2008 17:22 Email | Share | | Bookmark
Jemput Makannn.........

 
 
 
View all 17 photos...
Makan-makan di rumah kami…..saje meraikan senpai-senpai yang dah nak balik Malaysia….tanda terima kasih kami kepada mereka yang telah banyak membantu kami selama ini. Tahun ni ramai yang balik…kalau tak salah seramai 16 orang …nanti sunyi la Kiryu nanti. Apa-apa pun, selamat maju jaya semua.

Care to comment?


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.