Want your
own Fotopage?






 
Cahaya KehidupanKu

By: yusyati family

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 13-Dec-2008 12:30 Email | Share | Bookmark
Open House White 2 Corp

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Akhirnya berjaya jugak white 2 corp nak buat open house kali ni, dek tertunda semasa Aidilfitri dulu pasal setiap hari minggu semua ada hal yang memang tak dapat dielakkan. Menu kitaorang kali ni nasi ayam, karipap, roti jala dan menu istimewanye aiskrim goreng hasil karya cik intan dengan cik ani.
Tapi apa yang membanggakan kali ni jiran kitaorang kali berjaya membuat roti jala lebih kurang 2 kilo tepung gandum…wah..wah..rasa teruja sangat!. Kak yati biasa buat “ropa” (sejenis kuih kat Terengganu… lebih kurang roti jala gak cuma dalamnya ada inti), 1/2 kilo pun dah rasa lenguh-lenguh tumit, pinggang, lenguh sana, lenguh sini ..inikan 2 kilo?...ish..ish..gigih sungguh. Menurut kata mereka baru kini mereka tahu bagaimana maksudnya macam nak patah pinggang!, cik ani pula siap menunjukkan bakat bersenam semasa open house, katanye nak betulkan urat2 yang lenguh. Ha..ha..ha…kesian jiran-jiranku..bersungguh-sungguh sampai tidur jam 2.00 pagi buat roti jala. Dah la tu kak yati kejutkan pulak pukul 6.00 pagi pasal nak tumpang periuk nasi untuk Nasi Ayam pasal kat rumah asyik ‘tendang’ je….

Peristiwa untuk kali ni:
1) Nak buat nasi ayam hainan tak jadi sebab stok kicap tak de, last-last buat nasi ayam biasa. Lupa nak tanya jiran sebelah, rupa-rupanye diaorang banyak stok.
2) Intan & Ani guna cawan plastik yang ditebuk untuk buat roti jala sedangkan kak yati ada

Moralnya kali ni: Tanya jiran kita terlebih dahulu..ha.ha.ha…
Wassalam…

betul tu..kesimpulan yg sy buat ialahsila percaya bahawa jiran anda sebenarnya ialah sebuah kedai runcit yg lengkap segalanya kecuali ianya kehabisan stok..ahaha.. Mon 22-Dec-2008 14:11
Posted by:intan


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.